Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nothing phone (11)

Nothing Sahkan Bahawa Phone (2) Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Mei 5, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Nothing Phone (2) telah disahkan akan rasmi pada musim panas ini iaitu antara Jun hingga Ogos 2023. Jika anda tidak maklum, ia akan menggunakan cip Snapdragon daripada siri 8 Gen.

Namun, tidak dedahkan apakah ia Snapdragon 8 Gen 1, 8+ Gen 1 atau 8 Gen 2.

Premium.

Phone (2) is coming summer 2023.

Sign-up for updates: https://t.co/FEJL4Jb2Aw pic.twitter.com/Nj8YONbYvm

— Nothing (@nothing) May 3, 2023

Menariknya, Nothing seolah-olah memberi respons pada mereka yang meremehkan Phone (1) kerana ia bukan kelas andalan, kerana kali ini mereka meletakkan “Premium” untuk Phone 2.

Nothing Phone (2)

Pei sendiri pun sebelum ini mengaku bahawa Phone (2) akan lebih premium dan tidak mahu menggunakan frasa “flagship” atau andalan atas alasan semua produk Nothing ialah hasil terbaik daripada kerja keras pasukan.

Berkaitan

  • Carl Pei Sahkan Nothing Phone (2) Yang Akan Keluar Tahun Ini Lebih Premium
  • Nothing OS Diteruskan Dengan Mereka Yang Pernah Bangunkan OxygenOS
  • Nothing Phone (2) Sah Akan Dijana Cip Di Bawah Siri Snapdragon 8
  • Cip Pemproses Nothing Phone (2) Secara Tidak Sengaja Didedahkan
  • (Ulasan) Nothing Ear (2) - Audio Seimbang Dalam Dunia Yang Lebih Senyap

Daripada video dikongsi, tidak banyak kita boleh tahu melainkan hadir dengan rekaan yang tidak jauh berbeza daripada Phone (1). Video itu juga menunjukkan lampu merah yang berkelip-kelip.

Memandangkan ia akan menggunakan cip andalan, apakah jangkaan anda untuk Phone (2)?

Sumber: Nothing

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
©2026 WISER.MY