(Ulasan) Nothing Ear (2) - Audio Seimbang Dalam Dunia Yang Lebih Senyap

Nothing Ear (2) sudah rasmi dan kelak akan dijual di Malaysia pada harga RM599.

Ia merupakan produk generasi kedua yang pertama dalam sejarah syarikat Carl Pei ini kerana Nothing Phone, Stick masih lagi pada generasi pertama.

Tahun lalu, ramai juga mengecam Ear (1) termasuklah saya yang berpendapat banyak lagi TWS lain yang jauh lebih berkualiti untuk julat harga RM499. Ia hanya produk hype hasil taktik pemasaran Nothing.

Namun, untuk edisi baharu ini, apakah ia masih sama? Mampukah ia mengubah fikiran saya tentang siri Ear daripada Nothing?

{snap}

Rekaan


ulasan nothing ear (2) malaysia

Nampak macam sama saja kan seperti Ear (1)? Tapi sebenarnya bila pegang kedua-dua Ear (2) dan Ear (1), belek dengan teliti maka anda akan dapat kesan apa bezanya.

Kali ini, ia sedikit kecil dan lebih petak lantas memberi rasa kompak. Menariknya, bongkah putih di dalamnya sekarang turut menonjol keluarĀ  boleh anda sentuh.

Ia berbeza daripada Ear (1) yang mana di hanya boleh dilihat dan tidak boleh disentuh kerana 'diselaputi' plastik lutsinar di luarnya.

Satu lagi perkara yang saya raikan ialah perubahan daripada kawalan sentuh ke kawalan picit. Ini dapat mengelakkan daripada sentuhan tidak sengaja yang mengganggu pengalaman mendengar lagu.

Bab rekaan, saya suka.

Beli Ear (2) di Lazada

{snap}

Ciri dalam Nothing X


nothing x

Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada Nothing Ear (2), anda perlu muat turun aplikasi Nothing X daripada Play Store atau App Store.

Melaluinya, elemen yang anda boleh laras ialah equaliser, tahap pembatalan hingar, fungsi tekan dan banyak lagi,

Perkara baharu diperkenal ialah Personal Sound Profile. Melaluinya, anda harus melalui ujian untuk sistem mengetahui tahap pendengaran telinga anda.

Bila dihidupkannya, muzik akan kedengaran berbeza kerana sistem sudah melaraskannya mengikut kemampuan pendengaran anda.

Kali ini, TWS ini turut hadir dengan mod Transparent yang bolehkan anda dengar persekitaran luar walaupun sedang mendengar dalam mod ANC.

Beli Ear (2) di Shopee

{snap}

Audio


harga nothing ear (2) malaysia

Tibalah bab yang paling penting iaitu kualiti audio. Jahanam bab ini, maka jahanamlah juga sesebuah produk TWS walaupun secanggih mana pun ciri ditawarkannya.

Bagi bass, anda boleh merasai dentumannya kalau pilih equaliser bass. Jika tidak, memang tidak terlalu bergegar dan belum cukup memuaskan.

Untuk mid dan high pula, ia dapat diperdengar dengan jelas walaupun kadang semacam sedikit nyaring. Lagu yang dominan dengan tone ini pastinya dapat didengari dengan puas.

Ringkasnya, Ear (2) memberikan prestasi seimbang dari segi bes, mid dan high tapi sedikit cenderung pada high.

Kalau anda kepala bes, putik audio ini memang bukan untuk anda kerana besnya okey-okey saja. Boleh layan, tapi tidak cukup kaw.

Anda ingat lagi Personal Sound Profile yang saya sebut tadi? Bila dihidupkan, anda akan dengar dengan ketara betapa volume telah ditingkatkan.

Itu tidak jadi masalah, malah baik untuk beberapa jenis lagu. Namun, saya tidak gemarkannya kerana ton mid dan high jadi lebih nyaring.

Hal ini kerana ia mengesan telinga saya perlu dinaikkan lagi 2 jenis frekuensi tersebut.

Ringkasnya, ia sebuah TWS yang dengan kualiti audio yang cukup bagus untuk bass, mid dan high.

Beli Ear (2) di Shopee

{snap}

Pembatalan hingar aktif (ANC)


nothing ear (2) malaysia

Seterusnya pula sudah tentu ciri pembatalan hingar aktif yang sudah dipuji-puji sejak Ear (1) lagi.

Dalam mod ANC penuh, anda boleh pilih antara tahap rendah, sederhana dan tinggi serta adaptif.

Bagi mod ini, pilih saja tahap tertinggi dan anda akan terasa dunia sekeliling anda tiba-tiba senyap.

Bunyian halus daripada motor penyaman udara Daikan, gerakan angin akibat bilah kipas KDK mahupun suara bingit Firdaus yang tak henti bercakap sejak dia buka mata -- senyap.

Saya sangat-sangat berpuas hati dengan ciri ANC pada Ear (2) ini.

Katakanlah saya cuma mahu suasana yang diam dan tidak mahu mendengar suara orang sekeliling seperti Firdaus yang mencelah tanpa henti, maka saya pasang saja Ear (2) ini tanpa mainkan muzik pun.

Mod Transparency pula bagi saya perlu ditambah baik lagi namun tak perlu risau kerana ia dapat dilakukan melalui kemas kini.

Beli Ear (2) di Lazada

{snap}

Kesimpulan


ulasan nothing ear (2) malaysia

Dengan harga RM599, Ear (2) menawarkan kualiti audio yang mantap, seimbang tambah pula dipadankan dengan ANC yang sangat bagus.

Kekuatan utamanya ialah ANC, kemudian barulah audio. Tapi seperti saya ulas di atas, kedua-dua sangat memuaskan.

Namun, saya mempunyai sedikit isu dengan harganya. Dengan julat harga begitu, anda juga boleh dapatkan TWS lain yang lebih tertumpu seperti ke arah bes atau yang ada mod Transparent yang lebih bagus.

Misalnya, Sony WF-100XM4 yang betul-betul tidak dapat dinafikan prestasinya terutamanya untuk bes dan kini sudah jatuh ke harga sekitar RM600 lebih.

Kalau anda berminat untuk jenguk-jenguk dulu, klik SINI untuk ke Shopee atau SINI ke Lazada. Ia mula dijual pada 8 April 2023.