Apple menggunakan paparan LCD untuk peranti iPhone 8 dan OLED untuk peranti iPhone X. Apple juga dikatakan akan menggunakan paparan OLED untuk semua peranti iPhone tahun 2019 mereka. Laporan tersebut telah mengakibatkan kejatuhan saham beberapa pengeluar paparan LCD lebih-lebih lagi pembekal utama paparan LCD Apple, Japan Display.
Namun ada pemerhati industri tidak merasakan Apple akan mengambil langkah tersebut atas beberapa faktor.
Sebab pertama adalah bekalan paparan OLED yang terhad untuk digunakan oleh Apple. Setakat ini, Apple Inc. mengharapkan bekalan paparan OLED mereka dari Samsung Electronics. Dengan Samsung Mobile juga menggunakan jenis paparan yang sama untuk peranti Galaxy S dan Note mereka, Apple mungkin terpaksa mencari pembekal lain yang boleh menghasilkan paparan yang berkualiti seperti Samsung.
Faktor kedua pula adalah kos yang tinggi. Sebagai rekod, iPhone X merupakan telefon pintar termahal di pasaran ketika ini. Jika trend ini berterusan, Apple terpaksa meningkatkan lagi harga jualan peranti mereka selepas ini. Perkara tersebut telah memberi kesan negatif kepada angka jualan iPhone X mereka dari tahun lepas.
Apple dikhabarkan akan menggunakan paparan OLED untuk 2 iPhone dari 3 yang akan dilancarkan pada akhir tahun ini. Mungkin Apple akan membuat keptusan selepas meneliti hasil jualan peranti iPhone untuk tahun ini.
Berkaitan
- Peminat Terkenal Apple Berkata Apple Bukan Lagi Syarikat Berinovasi
- Japan Display Mencari Dana Untuk Membekalkan Panel LCD
- Epson Dan Apple Berdepan Tindakan Undang-Undang Perancis
- Apple Meningkatkan Kapasiti Pengeluaran AirPods, Masih Belum Mampu Memenuhi Permintaan
- Apple Dikatakan Sedang Menghasilkan Alat VR Mereka
- Apple Disaman Kerana Teknologi Dwi Kamera Dalam iPhone 7 Plus Dan 8 Plus
- Apple Mengungguli Tempat Teratas Sebagai Jenama Paling Berharga
- Apple TV 4K Dengan Cip A12 Bionic Diperkenal
- Apple iMac Dengan Skrin 27 Inci Dilancarkan, Hadir Dengan Grafik AMD Radeon Pro 5000
- Apple Diperas Ugut Ransomware 'REvil'