Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peminat Terkenal Apple Berkata Apple Bukan Lagi Syarikat Berinovasi

Peminat Terkenal Apple Berkata Apple Bukan Lagi Syarikat Berinovasi

Diterbitkan Mei 12, 2017 ยท Dikemas kini Mei 12, 2017 oleh Wiser MY

Walter Isaacson, seorang peminat Apple dan penulis biografi rasmi Steve Jobs mengatakan yang Apple pada hari ini bukan seperti Apple yang lepas.

Di dalam temubual bersama CNBC, Isaacson menyuarakan pendapat bahawa Alphabet dan Amazon telah mengatasi Apple dalam bidang inovasi.

Namun begitu, dia masih memuji Apple dalam perlaksaan mereka.

“Apple masih lagi hebat dalam pembuatan iPhone namun kurang dalam kategori produk baru buat masa sekarang.”

Isaacson berkata pembantu suara seperti Alexa dan Google Home telah menunjukkan kedua-dua syarikat itu telah mengatasi Apple dan mungkin sudah terlambat bagi Apple untuk bersaing dengan mereka dalam kategori itu.

Apple masih lagi bergantung kepada penjualan iPhone mereka dalam tempoh 10 tahun- walaupun cuba memperkenalkan produk seperti iPad dan Apple Watch, kejayaan iPhone masih lagi produk terbaik mereka setakat ini.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY