Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Epson Dan Apple Berdepan Tindakan Undang-Undang Perancis

Epson Dan Apple Berdepan Tindakan Undang-Undang Perancis

Diterbitkan Januari 2, 2018 oleh Wiser MY

Syarikat gergasi Amerika Syarikat, Apple Inc. dan pembuat mesin pencetakan dari Jepun, Epson kini menghadapi tekanan undang-undang di Perancis atas dakwaan perancangan mereka menjadikan produk mereka ‘usang’ dengan sengaja.

Persatuan pengguna negara itu yang dipanggil Halte a l’Obsolescence Programmee berkata mereka telah memfailkan aduan terhadap Apple selepas syarikat Cupertino itu dengan sengaja memperlahankan prestasi iPhone mereka yang telah berusia lama.

Epson Dan Apple Berdepan Tindakan Undang-Undang Perancis

Mereka menganggap tindakan tersebut adalah untuk meningkatkan jualan peranti iPhone baru mereka.

Dalam satu kes yang berlainan, pendakwa raya telah membuat siasatan terhadap Epson setelah didakwa menipu pelanggan dengan menukar katrij dakwat sebelum ianya habis digunakan.

Epson Dan Apple Berdepan Tindakan Undang-Undang Perancis

Pelan ‘usang’ ini merupakan satu amalan perniagaan yang dikritik hebat oleh pengguna dimana pembuat atau pengeluar ‘membina’ tarikh luput bagi sesuatu produk mengakibatkan pengguna dipaksa menggantikan produk mereka dengan yang baru.

Ini merupakan berita gembira buat kumpulan atau persatuan pengguna kerana pihak berkuasa telah mengambil tindakan mahkamah bagi menghukum pengeluar-pengeluar yang tidak beretika.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY