Apple TV 4K Dengan Cip A12 Bionic Diperkenal

Dalam acara Apple pagi tadi, Apple turut memperkenal Apple TV 4K generasi baharu dengan pembaharuan utama seperti cip pemprosesan.



Seperti yang dijangkakan akhir tahun lepas, Apple TV 4K kini dilengkapi cip pemprosesan A12 Bionic. Cip ini menyokong kadar segar 60fps Dolby Vision dalam AirPlay serta menyokong video penstriman 4K HDR.

Selain itu, pengguna kini boleh menggunakan peranti iPhone untuk tingkatkan kualiti paparan televisyen menerusi proses keseimbangan warna inovatif.

Disamping itu, alat kawalan jauh Apple TV juga mendapat perubahan menarik. Selain rekaan aluminium yang lebih selesa dalam genggaman, ia juga menyokong ciri pembantu peribadi Siri.

Ciri butang kawalannya juga mendapat ciri inovatif untuk kegunaan lebih tepat, mudah, dan pantas.

Harga yang ditawarkan untuk peranti penyambungan Apple TV 4K ini bermula pada RM849. Alat kawalan baharu boleh dibeli secara berasingan pada harga RM229 dan boleh digunakan dengan Apple TV 4K dan Apple TV HD generasi terdahulu.

Sumber: siaran akhbar Apple