Langganan Apple Music Untuk Pelajar Mula Ditawarkan

Mula diperkenalkan pada 2016, Apple Music Student kini sudah ditawarkan untuk pelajar tempatan. Cas bulanan sebanyak RM6.90 akan dikenakan dimana ia jauh lebih murah berbanding langganan biasa pada harga RM14.90

Untuk membolehkan anda menikmati langganan ini, anda mestilah seorang pelajar prasiswazah atau pascasiswazah dan pendaftaran boleh dibuat di laman rasmi Apple.

Pengesahan status dibuat melalui UNiDAYS dan sekiranya anda bukan lagi berstatus pelajar, langganan akan ditukar secara automatik kepada RM14.90.

Langgan  Apple Music Student