Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
POCO X3 GT Akan Dilancarkan Rasmi Di Malaysia Minggu Hadapan

POCO X3 GT Akan Dilancarkan Rasmi Di Malaysia Minggu Hadapan

Diterbitkan Julai 19, 2021 oleh Helmi Samsuri

Hampir sebulan yang lepas kita ada mendengar ura-ura ketibaan POCO X3 GT untuk pasaran Malaysia melalui penyenaraian model itu pada SIRIM.

Kini, perkara itu telah disahkan dimana pelancaran rasmi akan diadakan pada 28 Julai 2021 tepat jam 8 malam. Siaran langsung acara pelancaran itu boleh ditonton secara dalam talian menerusi akaun rasmi Facebook POCO Malaysia Official Facebook.

POCO X3 GT Akan Dilancarkan Rasmi Di Malaysia Minggu Hadapan

Buat masa sekarang kita tidak tahu lagi mengenai spesifikasi telefon pintar berkenaan. Namun begitu, model ini disebut-sebut sebagai penjenamaan semula dari model Redmi Note 10 Pro 5G.

Sekiranya benar, ia bakal hadir dengan cip Dimensity 1100, RAM sehingga 8GB, sotran 128GB/256GB, bateri 5000mAh, pengecasan 67W, skrin 6.7 inci dari jenis LCD dan kadar segar semula 120Hz.

Untuk maklumat rasmi seperti tawaran, harga dan tarikh mula jual, sama-sama kita nantikan acara pelancaran tersebut.

Sumber: Siaran akhbar POCO Malaysia

Baca juga – OnePlus Nord CE 5G – Peranti OnePlus ‘Yang Teramatlah Sederhana’

Baca juga – Huawei Mengesahkan Beberapa Peranti Akan Dilancar Pada 29 Julai

Baca juga – Bayar Bil Guna JomPay Di 7-Eleven Ada Peluang Menang Hadiah Sehingga RM60,000

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY