Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Jawapan Balas Apple Berkaitan Isu Membuang Aplikasi Dari App Store

Ini Jawapan Balas Apple Berkaitan Isu Membuang Aplikasi Dari App Store

Diterbitkan April 29, 2019 oleh Helmi Samsuri

Laporan kami sebelum ini yang digarap dari The New York Times, telah memberitakan perihal Apple membuang 11 daripada 17 aplikasi kawalan ibu bapa popular dari App Store. Aplikasi-aplikasi ini dikatakan menawarkan fungsi hampir sama seperti ciri Screen Time yang disediakan oleh Apple pada iOS 12.

Ini Jawapan Balas Apple Berkaitan Isu Membuang Aplikasi Dari App Store

Tindakan itu bagaimanapun mendapat kritikan daripada pihak pembangun dan ada yang sudah memfailkan aduan kepada pejabat persaingan kesatuan eropah.

Lanjutan daripada itu, Naib Presiden Pemasaran Apple, Phil Schiller telah menyatakan aplikasi yang dikeluarkan dari App Store itu menggunakan format asas yang tidak selamat untuk pengguna sepertimana yang dilaporkan oleh MacRumours.

Menurut jawapan balas Schiller, sistem MDM (Mobile Device Management) yang digunakan itu mampu membenarkan pembangun mendapatkan akses tanpa had pada peranti seperti mengetahui lokasi, menjejak penggunaan aplikasi, kawal akaun mel, melayari internet, akses rangkaian, dan juga turut boleh memadam data pada peranti secara jarak jauh.

Setelah mengesan penyalahgunaan teknologi MDM, pembangun telah dihubungi dan diarahkan untuk menghentikannya. Namun begitu, Schiller tidak menyebut secara jelas tindakan yang diambil selepas itu.

Langkah ini mungkin tidak mengejutkan sesetengah pihak kerana Apple memang terkenal dari segi privasi dan sekuriti, namun sebahagian yang lagi mungkin beranggapan tindakan itu hanya untuk mengurangkan persaingan.

Sumber: MacRumours

Kredit foto utama: MacExpertGuide

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY