Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
motor MIMOS REEV

MIMOS Bangunkan Motosikal RE-EV Pertama Di Malaysia

Diterbitkan Julai 21, 2022 oleh ariff bukhari

MIMOS Berhad telah membangunkan motorsikal Range Extended Electric Vehicle (RE-EV) pertama di Malaysia.

Penghasilan motorsikal RE-EV turut mendapat kerjasama dari Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Berbeza dengan teknologi EV hibrid yang memeberlukan ICE dan motor elektrik sebagai pemacu utama, RE-EV pula adalah sistem yang lebih ringkas yang tidak memerlukan rantai pemacu untuk memutar roda.

motor MIMOS REEV 2

Pelaksanaan Projek RE-EV yang  mengambil masa selama dua tahun itu disepadukan dengan genset enjin pembakaran dalaman (ICE) untuk memberi pengecasan tambahan kepada bateri yang boleh memanjangkan jarak perjalanan.

Bateri motorsikal RE-EV ini juga boleh ditukar ganti.

Projek RE-EV ini dilaksanakan menerusi geran bantuan kerajaan iaitu High Value-Added and Complex Product Development Programme (HVA).

Geran tersebut merupakan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan sektor pembuatan dalam membangunkan produk bernilai tambah tinggi serta kompleks.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY