Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jabatan Imigresen Malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia Sahkan Insiden Serangan Siber

Diterbitkan April 4, 2023 ยท Dikemas kini April 4, 2023 oleh Amalina Athman

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) hari ini mengesahkan bahawa laman web rasmi jabatan itu telah diserang oleh penggodam yang menggelarkan diri sebagai “CaptainSmok3r”.

Berkaitan

  • Elak 'Scam', MCMC Arah Telco Larang Pautan URL Dalam SMS - Teo
  • Laman Web Jabatan Imigresen Malaysia Sedang Diselenggara

Dimaklumkan, serangan siber tersebut adalah berbentuk defacement dan telah mengakibatkan muka hadapan portal rasmi JIM ditukar kepada paparan imej lain. Walau bagaimanapun, capaian yang berkaitan dengan perkhidmatan JIM seperti myIMMs, SSPI dan lain-lain tidak terjejas dengan insiden tersebut.

Selain itu, langkah pembetulan telah diambil serta-merta dengan menutup sementara capaian laman web dari akses orang ramai dan melakukan kerja-kerja baik pulih serta konfigurasi keselamatan laman web.

Bahagian teknologi maklumat jabatan itu juga telah mengadakan perbincangan dan kerjasama dengan pihak NACSA dan CyberSecurity Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, JIM menegaskan tiada sebarang kebocoran maklumat yang berlaku dalam tempoh tersebut. Sementara itu, tinjauan mendapati laman web JIM sudah pun dipulihkan dan boleh diakses semula seperti biasa.

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • UKM Perkenal Teknologi Implan Suara Boleh Laras Pertama Di Asia Tenggara
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • RAM PC Sepatutnya Berada Di Dalam Pusat Data AI - Sam Altman
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY