Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Laman MITI Untuk Permohonan Syarikat Beroperasi Ketika PKP Tergendala

Laman MITI Untuk Permohonan Syarikat Beroperasi Ketika PKP Tergendala

Diterbitkan April 14, 2020 · Dikemas kini April 14, 2020 oleh ariff bukhari

MITI sedang berusaha menambah baik sistem pendaftaran.

Selepas kerajaan memberikan kebenaran terhadap beberapa sektor industri untuk beroperasi ketika PKP, laman Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) telah mula membuka permohonan sejak semalam (Isnin) dari Jam 9.00 pagi.

Walaubagaimanapun, banyak syarikat dalam sektor tambahan yang mahu memohon untuk beroperasi pada fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu kecewa kerana mereka masih tidak dapat mengakses sistem aplikasi operasi perniagaan tersebut.

MITI dalam satu kenyataannya memaklumkan bahawa isu itu timbul selepas lebih daripada 176,000 pengguna telah cuba mengkases ke laman tersebut dalam tempoh 2 jam pertama.

Sekaligus menyebabkan kesesakan aliran trafik ke laman itu.

Berikutan itu, pihak MITI telah memohon maaf dan mereka memaklumkan kini sedang bekerjasama dengan pakar industri untuk menambahbaik konfigurasi sistem pendaftaran bagi memastikan proses permohonan syarikat berjalan lancar.

Laman MITI Untuk Permohonan Syarikat Beroperasi Ketika PKP Tergendala

Syarikat-syarikat dalam sektor-sektor terpilih yang mahu membuat permohonan untuk beroperasi pada fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh melakukannya menerusi pautan https://application.miti.gov.my/login.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY