Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5g konsortium

DNB: Muktamad Tiada ‘Kek’ Lebih Besar Untuk 4 ‘Telco’, Mungkin Jual Pada Syarikat Luar

Diterbitkan Mei 23, 2022 · Dikemas kini Mei 24, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Minggu lalu, kami telah berkongsi pendedahan tentang 4 syarikat terbesar telekomunikasi – Maxis, Celcom, Digi dan Umobile – menolak tawaran pegangan saham dalam Digital Nasional Berhad (DNB).

Mereka juga meminta supaya sekurang-kurangnya 51% pegangan DNB diberikan kerana mengikut perkiraan sekarang, gabungan keempat-empat mereka hanya mencecah 31%.

Terdahulu, kerajaan menawarkan sehingga 70% pegangan dalam DNB untuk 9 syarikat telekomunikasi mengambilnya sementara lebihan 30% menjadi milik Kementerian Kewangan.

Terbaru, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz telah memaklumkan kepada 2 daripada 4 syarikat bahawa kerajaan tetap dengan keputusan bahawa 30 Jun ialah tarikh akhir untuk mereka menerima tawaran pegangan ekuiti DNB.

Dalam pada itu juga disahkan bahawa permintaan 4 syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan 51% pegangan juga ditolak oleh kerajaan.

Tengku Zafrul juga dijadualkan akan bertemu wakil daripada Celcom dan Maxis minggu depan selepas Digi dan U Mobile selesai minggu lalu.

Difahamkan juga pelabur tempatan dan asing berminat untuk mendapatkan pegangan DNB dan kerajaan tidak menolak kemungkinan menjualnya pada mereka jika syarikat ‘telco’ tempatan enggan mendapatkannya.

Sumber: Malay Mail

Baca juga:

  • Tolak Tawaran Kerajaan, Empat ‘Telco’ Minta Pegangan Lebih Besar Dalam DNB
  • 5G: Hanya Dua Syarikat Setuju Miliki Pegangan Dalam DNB Setakat Ini
  • Tan Sri Muhyiddin Tekankan Mengapa DNB Penting Untuk 5G Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY