Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
malaysia telco

5G Belum Ada Tapi ‘Telco’ Malaysia Dah Rugi RM26 Bilion

Diterbitkan Mei 19, 2022 oleh Firdaus

4 ‘telco’ terbesar Malaysia Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile dilaporkan The Edge Market telah kehilangan jumlah keseluruhan nilai pasaran sebanyak RM26 bilion.

2 syarikat yang mencatatkan kerugian terbesar adalah Maxis Bhd dan Digi.Com Bhd di mana mereka terpaksa membayar hampir kesemua keuntungan tahun 2021 kepada pemegang saham.

Telco Perlu Pastikan Perkhidmatan Terbaik Untuk Internet Percuma

Lebih terperinci, Maxis kehilangan RM9 bilion dalam nilai pasaran atau penurunan nilai saham lebih 21%. Selain itu, Digi pula mencatatkan penurunan saham 18% atau kerugian hampir RM7 bilion dalam nilainya.

Tambahan lagi, Telekom Malaysia (TM) yang merupakan syarikat ‘telco’ yang terbaik prestasinya turut mencatatkan penurunan nilai saham RM2.6 bilion atau 9.45%.

Berita ini agak mengejutkan dan tidak disangka dek kerana 4 syarikat besar telco itu masih belum mencapai kata putus dengan DNB dalam kerjasama rangkaian 5G di Malaysia.

Biarpun, kerajaan menawarkan setiap syarikat itu hak equiti sebanyak 70% dalam rangkaian 5G tersebut. Setakat ini, hanya Telekom Malaysia dan YTL Communications sahaja yang telah mengesahkan kerjasama mereka dengan DNB.

Sumber: The Edge Market, Soyacincau

Baca juga:

  • Kelajuan Muat Turun Data Digi 84% Lebih Pantas Berbanding Pengguna Celcom
  • Ini Perbandingan Antara Tiga Aplikasi Muzik Terkenal Di Malaysia
  • Google Rusia Bankrap, Rugi Melebihi RM400 Juta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY