Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dnb digital nasional berhad

Tolak Tawaran Kerajaan, Empat ‘Telco’ Minta Pegangan Lebih Besar Dalam DNB

Diterbitkan Mei 19, 2022 · Dikemas kini Mei 19, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Setakat ini hanya TM dan YTL sudah bersetuju mengambil pegangan ekuiti dalam DNB selepas Kerajaan menawarkan 70% daripadanya pada syarikat telekomunikasi.

Namun, 4 syarikat terbesar iaitu Maxis, Celcom, Digi dan U Mobile enggan menerimanya walaupun menyambut dengan positif semasa pengumuman menteri tempoh hari.

Hal ini kerana menurut mereka, tawaran tersebut tidak memberikan mereka kawalan dan pengaruh secukupnya.

Dalam kata lain, empat syarikat ini tidak yakin DNB dan mereka akan mencapai persetujuan pada masa akan datang kerana mereka hanya mempunyai pegangan minoriti dalam DNB.

Secara matematiknya, 70% ditawarkan akan jatuh ke sekitar 7.8% setiap syarikat jika dibahagi kepada 9 pihak secara adil.

Dengan 7.8% setiap satu, ini bermakna Maxis, Celcom, Digi dan U Mobile hanya dapat mengumpulkan sekitar 31% jika dicampur.

Jadi, mereka berpakat meminta sekurang-kurangnya 51% pegangan diberikan, menurut surat yang diserahkan pada Kementerian Kewangan.

Kami telah kongsikan kandungan tawaran (RAO) oleh DNB beberapa minggu lalu di mana syarikat telekomunikasi akan dicaj sebanyak RM30,000 untuk 1Gbps setiap bulan selama 10 tahun.

Justeru, keempat-empat syarikat ini juga meminta Kerajaan menyemak semula kadar caj, kualiti dan perkhidmatan ditawarkan DNB kerana berasakan ia tidak membolehkan mereka menawarkan 5G yang berpatutan dan berkualiti untuk pengguna.

Tan Sri Annuar Musa terdahulu menyatakan mereka yang tidak mengambil pegangan dalam DNB ditawarkan akan ditinggalkan selepas 31 Jun.

Nampaknya drama 5G di Malaysia masih akan terus berlarutan dan pastinya pelaksanaannya seluruh negara tidak akan berlaku secepat mungkin seperti dirancang.

Menurut Reuters lagi, dua individu yang mempunyai hubungan langsung tentang perkara ini telah mengesahkan kebenarannya namun pihak kementerian masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan setakat ini.

Baca juga:

  • 5G: Hanya Dua Syarikat Setuju Miliki Pegangan Dalam DNB Setakat Ini
  • Kelajuan Muat Turun Data Digi 84% Lebih Pantas Berbanding Pengguna Celcom
  • 5G Belum Ada Tapi ‘Telco’ Malaysia Dah Rugi RM26 Bilion

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY