Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LaLaport BBCC_East Entrance

LaLaport BBCC Rasmi Lancar Hab Pengangkutan Baharu

Diterbitkan Julai 16, 2026 oleh Amsyar Latif

Mitsui Shopping Park LaLaport Bukit Bintang City Centre (LaLaport BBCC) hari ini secara rasmi melancarkan LaLaport Transportation Hub (LTH), sebuah hab pengangkutan baharu yang direka untuk memudahkan perjalanan penumpang menerusi integrasi bas ekspres, pengangkutan awam dan perkhidmatan mobiliti di bawah satu lokasi.

Hab yang terletak di Aras LG1, East Atrium itu telah mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta dilesenkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

LaLaport BBCC Rasmi Lancar Hab Pengangkutan Baharu

Ia akan berfungsi sebagai hab utama bagi perkhidmatan bas ekspres di pusat bandar Kuala Lumpur, khususnya bagi laluan Kuala Lumpur-Singapura.

Mula beroperasi secara berperingkat sejak Februari lalu, LTH menyediakan 11 ruang parkir bas, ruang menunggu berhawa dingin, kaunter tiket, kiosk layan diri serta Passenger Information Display System (PIDS) yang memaparkan jadual bas secara masa nyata.

LTH_Bus Bay 2

Selain itu, penumpang turut boleh menikmati pelbagai kemudahan seperti mesin ATM, pengurup wang, loker simpanan bagasi, Wi-Fi percuma, tandas serta kemudahan mesra warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

LTH_Waiting Lounge 2
LTH_Ticketing Counter
LTH_Self service Locker
LTH_Self Service Ticket Kiosk

Dari segi sambungan, hab ini mempunyai akses pejalan kaki terus ke Stesen LRT Hang Tuah dan Monorel Hang Tuah, selain berhampiran rangkaian MRT. LaLaport BBCC turut menyediakan zon khas e-hailing, perkhidmatan shuttle atas permintaan Boleh-Boleh Ride, serta van shuttle ke KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2.

Menurut LaLaport BBCC, kira-kira 30 pengendali bas dijangka menggunakan hab ini sebagai salah satu pusat transit utama di Kuala Lumpur, sekali gus memperkukuh hubungan rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura.

Selain meningkatkan kemudahan kepada pengguna, hab pengangkutan ini juga dijangka menyokong agenda mobiliti mampan dengan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pelepasan karbon di ibu negara.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY