Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KWSP Belanjawanku

KWSP Lancar Aplikasi, Panduan Belanjawanku 2022/2023

Diterbitkan Jun 13, 2023 ยท Dikemas kini Jun 13, 2023 oleh Amalina Athman

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya hari ini melancarkan Panduan Belanjawanku 2022/2023.

Selain Panduan Belanjawanku, aplikasi mudah alih Belanjawanku turut dilancarkan. Ia bertujuan untuk menyediakan anggaran perbelanjaan bulanan minimum untuk pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan bagi isi rumah yang berbeza.

Berkaitan

  • Buat Sendiri, Ini Cara Tambah Wang Ke Dalam Akaun KWSP Melalui Aplikasi i-Akaun
  • Cara Tukarkan Akaun Konvensional KWSP Anda Kepada Simpanan Patuh Syariah

Mula diperkenalkan pada 2019 di Lembah Klang, Panduan Belanjawanku telah diperluas meliputi 11 lagi bandar utama di seluruh negara.

Panduan ini memperincikan perbelanjaan minimum mengikut kategori isi rumah (bujang, keluarga atau warga emas) dan menyediakan cadangan mengenai peruntukan perbelanjaan, perbelanjaan pilihan dan simpanan persendirian mengikut bandar di setiap negeri.

Belanjawanku 2022-2023 – BM-09
Belanjawanku 2022-2023 – BM-10
Belanjawanku 2022-2023 – BM-14

Sementara itu, aplikasi Belanjawanku yang telah dimuat naik di semua gedung aplikasi pada Ogos 2022, mengandungi ciri interaktif untuk pengguna memantau perbelanjaan secara dalam talian.

Panduan Belanjawanku 2022/2023 boleh dimuat turun menerusi laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, manakala aplikasi Belanjawanku boleh dimuat turun melalui Apple App Store, Google Play atau Huawei App Gallery.

Sumber: KWSP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • RAM PC Sepatutnya Berada Di Dalam Pusat Data AI - Sam Altman
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
©2026 WISER.MY