Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kurang Dapat Sambutan, Acara E3 2023 Sah Dibatalkan

Kurang Dapat Sambutan, Acara E3 2023 Sah Dibatalkan

Diterbitkan Mac 31, 2023 · Dikemas kini Mac 31, 2023 oleh Amalina Athman

Entertainment Software Association (ESA) hari ini mengumumkan acara Electronic Entertainment Expo (E3) 2023 telah dibatalkan. Pembatalan acara itu dipercayai adalah disebabkan kurang mendapat sambutan, terutamanya selepas gergasi teknologi seperti Nintendo, Microsoft dan Ubisoft dikatakan tidak akan menyertainya.

Berkaitan

  • PlayStation, Xbox Dan Nintendo Didakwa Tidak Sertai Acara E3 2023
  • Apple WWDC23 Akan Berlangsung 5 Hingga 9 Jun, iOS 17 Antara Tumpuan

Terdahulu, E3 2023 dijadualkan berlangsung pada 13 hingga 16 Jun, yang merupakan pertama kali diadakan sejak 2019. Wakil ESA menjelaskan,

This was a difficult decision because of all the effort we and our partners put toward making this event happen, but we had to do what’s right for the industry and what’s right for E3.

Dengan pembatalan acara E3 pada tahun ini, tidak dapat dipastikan jika pada tahun akan datang ianya akan diteruskan seperti biasa atau sebaliknya tiada lagi penganjuran acara seumpama itu.

Tambahan pula, sejak pandemik COVID-19, jenama-jenama besar mula beralih kepada acara dalam talian dan memilih untuk menganjurkan acara sendiri, bagi tujuan memperkenal produk terbaharu dan sebagainya.

Sumber: IGN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY