KOSPET secara rasminya telah melancarkan model jam tangan pintar KOSPET M3 Ultra dan KOSPET T3 Ultra di Malaysia. Penambahan terkini kepada siri KOSPET TANK ini menggabungkan ketahanan gred tentera, fungsi termaju, dan reka bentuk yang elegan.
KOSPET M3 Ultra menyerlah dengan reka bentuk kukuh dan teknologi canggih. Dilengkapi dengan paparan AMOLED 1.96 inci dengan bezel keluli tahan karat di samping menggunakan skrin Corning Gorilla Glass untuk ketahanan maksimum.
Jam tangan pintar ini lengkap dengan piawaian MIL-STD-810H untuk menahan persekitaran ekstrem, di mana ia tahan akan rintangan air 5ATM dan IP69K. KOSPET M3 dilengkapi bateri berkapasiti 480mAh yang bertahan sehingga 15 hari serta GPS dwi-jalur dengan kedudukan enam satelit untuk navigasi tepat. Rekaannya sesuai untuk pengembara dan peminat kecergasan, menjadikannya pilihan ideal bagi gaya hidup aktif.
KOSPET T3 Ultra pula direka bagi mereka yang mengutamakan gaya dan fungsi, Ia dilengkapi Paparan AMOLED 1.43 inci dengan bezel logam penuh. Jam tangan pintar ini juga menyokong lebih 170 mod sukan dan pengiktirafan pintar enam pergerakan utama.
Turut disertakan fungsi penjejakan SWOLF untuk perenang. Beralih pada bahagian bateri pula ia dikuasakan dengan kapasiti bateri sebesar 500mAh dengan ketahanan jangka panjang. GPS dwi-jalur turut disertakan bagi memberikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar. Jam tangan ini menyasarkan individu dengan gaya hidup aktif dan moden.
Sempena pelancaran ini, KOSPET menawarkan diskaun sehingga 50% dan baucar tunai RM300 untuk pembelian KOSPET M3 Ultra dan T3 Ultra di Shopee. Harga selepas diskaun bermula dari RM600 hingga RM750. Promosi berlangsung sehingga 31 Disember 2024.
{suggest}
Sumber: Siaran media KOSPET