Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kos hasilkan iPhone 12

Kos Penghasilan iPhone 12 Adalah 21% Lebih Tinggi Berbanding iPhone 11

Diterbitkan Januari 8, 2021 oleh Amalina Athman

Berdasarkan analisis Bill of Materials (BOM) yang dijalankan oleh Counterpoint, kos penghasilan iPhone 12 dianggarkan adalah satu perlima lebih tinggi daripada iPhone 11.

Laporan menyatakan kos menghasilkan iPhone 12 adalah sekitar $415 (~RM1679), iaitu 21% lebih tinggi berbanding iPhone 11.

Antara sebab kenaikan kos ini termasuk peralihan paparan LCD kepada OLED dalam semua model iPhone 12 dengan anggaran kos melebihi $23 (~RM93).

Kenaikan kos penghasilan juga melibatkan komponen berkaitan spektrum 5G serta cip pemproses A14 Bionic yang merupakan cip pertama menggunakan proses 5nm dari TSMC. Menurut laporan,

“Given the much higher 5nm wafer cost (nearly double that for 7nm), the application processor alone is estimated to introduce a cost increase of over $17. Our analysis also suggests Apple’s self-designed components including the A14, PMIC, Audio and UWB chip make up over 16.7% of the overall BoM cost.”

Sebagai tambahan, pembahagian tempahan komponen daripada pelbagai sumber pembekal juga memberi kesan kepada kos pembuatan iPhone 12.

Sumber: Counterpoint via Apple Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Game Kereta Lumba 'Lejen' Ini Kini Boleh Dimainkan Terus Dari Pelayar PC Anda
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
©2026 WISER.MY