Korea Selatan Mula Menggunakan Teknologi AI Sebagai Pembaca Berita

Dalam perkembangan teknologi yang semakin meluas, penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) mula digunakan dalam pelbagai bidang. Baru-baru ini, saluran TV berbayar di Korea Selatan, MBN dilaporkan telah mula menggunakan teknologi AI dalam bidang penyiaran.

MBN telah mendedahkan pembaca berita AI yang merupakan replika kepada pembaca berita sebenar Kim Ju-Ha, telah mula melaporkan berita pada 6 November di MBN News.

pembaca berita AI

Pembaca berita tersebut dilihat mempunyai hampir semua persamaan seperti pembaca berita sebenar termasuk dari segi rupa, suara, mimik muka serta gerak isyarat. Menurut AI Kim,

“I was created through deep learning 10 hours of video of Kim Ju-ha, learning the details of her voice, the way she talks, facial expressions, the way her lips move and the way she moves her body. I am able to report news exactly the way that anchor Kim Ju-ha would.”

https://www.youtube.com/watch?v=k4K5z5XaOFs&feature=youtu.be

 

MBN menyatakan pembaca berita AI boleh digunakan dalam keadaan kecemasan dan bencana alam, di mana ia mampu untuk melaporkan berita 24 jam tanpa henti.

Dalam pada itu, penggunaan pembaca berita AI ini juga telah menerima pelbagai respon dari warganet. Menurut All Kpop, mereka menyatakan ianya tidak boleh menggantikan pembaca berita sebenar terutama dalam memberikan pendapat. Ini kerana, sebagai pembaca berita, ia tidak hanya berkongsikan maklumat.

Beberapa warganet lain turut mempersoalkan mengenai kebarangkalian kehilangan kerja berikutan teknologi AI mungkin akan menggantikan semua pekerjaan.

Bagaimanapun, profesor dari Pusat Pengajian Komunikasi & Media di Ewha Womans University menyatakan, AI ini tidak mungkin akan sepenuhnya menggantikan tugas manusia sebenar dalam bidang hiburan. Ia berikutan keinginan manusia yang menginginkan 'real thing' atau perkara sebenar.

Sumber: Korea JoongAng Daily, All Kpop