https://www.youtube.com/watch?v=LjG24Z9gl80
Terdapat pelbagai pendapat mengenai punca masalah teknikal berkenaan. Ada yang mendakwa ianya disebabkan gegelung (coil), sementara ada yang menganggapnya berpunca daripada pemacu cakera.
Bagaimanapun, PS5 Digital Edition yang tidak didatangkan dengan pemacu cakera turut dilaporkan mempunyai masalah yang sama.
https://www.reddit.com/r/PS5/comments/jszfrj/ps5_noise/gc2js68/?utm_source=reddit&utm_medium=web2x&context=3
Dalam laporan di ResetEra, pengguna Psychotron menyatakan,
"As soon as I got to the part where you swipe the touchpad to shoot Astro out, the system buzzing got loud. I could hear a constant “bzzzzzzzzzzz” coming from the PS5. It sounded just like Pro coil whine, only louder."
Walaupun tidak semua pengguna PS5 menghadapi masalah yang sama, tetapi terdapat banyak laporan dan bukti yang mengesahkan masalah tersebut bukan melibatkan kes terpencil.
Menerusi laman PlayStation, Sony menyatakan bunyi bising dari PS5 adalah perkara biasa yang melibatkan kipas penyejuk pada konsol tersebut. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jika bunyi bising pada konsol PS5 yang dihadapi oleh beberapa pengguna merupakan bunyi dari kipas penyejuk atau masalah yang lain.
Buat masa ini, belum ada kenyataan rasmi dari pihak Sony berhubung isu berkenaan.
Sumber: PlayStation Lifestyle
Berkaitan
- MCMC Siasat Aduan Pengurangan Kelajuan Muat Naik Pakej Unifi 500Mbps
- Rangkaian 5G Hanya Ada Di Putrajaya Dan Cyberjaya? DNB Respons Pernyataan Maxis
- Apple Diarah Membayar Royalti Kepada VirnetX Sebanyak $503 Juta
- Qualcomm Perkenal Sensor Imbasan Cap Jari Pada Skrin Yang Terkini Dengan 50% Lebih Pantas
- ROG Phone 5 Diperlihatkan Dengan Pilihan Warna Baharu
- realme C55 Akan Tiba Di Malaysia Pada Minggu Depan
- realme 7 5G Rasmi Dilancarkan Di Malaysia - Berharga RM1,299
- Talian HEAL 15555 Mula Beroperasi Hari Ini, Tawar Bantuan Untuk Kesihatan Mental
- POCO X5 Pro 5G Dan X5 5G Akan Dilancar Pada Minggu Depan
- Australia Naikkan Denda Sehingga Lebih RM152 Juta Bagi Pencerobohan Data