Komputer Riba HP Spectre 13 Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM5899

HP sudah mula menawarkan komputer riba Spectre 13 untuk pasaran dalam negara dan ia merupakan generasi kedua selepas versi pertama yang dikeluarkan tahun lalu.

Beberapa naik taraf diberikan pada model ini berbanding generasi terdahulu diantaranya adalah penggunaan pemproses Intel Core i5 dan i7 generasi ke-8 yang mampu memberikan prestasi terbaik kepada pembeli.

Dibahagian memori ia menggunapakai SSD dengan kapasiti 512GB dan RAM 8GB.

Komputer riba ini turut hadir dengan kuasa bateri yang mampu bertahan selama 11 jam 30 minit serta sokongan HP Fast Charge.



Ukuran skrin adalah 13 inci dengan rekaan bingkai nipisĀ  dan menawarkan paparan beresolusi 4K. Disebut sebagai komputer riba paling nipis didunia oleh HP, ia hanya setebal 0.4 inci dan akan dijual di Malaysia bermula dari RM5899.

Sumber: Amanz.my