DisplayPort 2.0 - Sokong Paparan Resolusi 16K Pada Kadar 60Hz

Spesifikasi DisplayPort kali terakhir dikemaskini oleh Video Standards Association (VESA) kira-kira 3 tahun yang lepas melalui piawaian 1.4a, menawarkan bandwith sehingga 25.9Gbps.

Dengan kemaskini baru, ia mampu dianjak sehingga 77.4Gbps dan maksimum bandwith mencecah 80Gbps, hampir tiga kali ganda daripada generasi sebelumnya.



Ini bermakna pengguna berupaya memaparkan kandungan pada gaming  monitor pada resolusi 4K/144Hz dengan sokongan HDR, atau 8K pada kadar 120Hz bersama HDR. Ini spesifikasi yang dibayangkan oleh VESA untuk DisplayPort 2.0;

Resolusi satu paparan:

  • Satu paparan 16K (15360x8460) @60Hz dan 30bpp 4:4:4 HDR (dengan DSC)

  • Satu paparan 10K (10240x4320) @60Hz dan 24bpp (4:4:4 (tanpa mampatan)


Resolusi dua paparan:

  • Dua paparan 8K (7680x4320) @120Hz dan 30bpp 4:4:4 HDR (dengan DSC)

  • Dua paparan 4k (3840x2160) @144Hz  dan 24bpp (4:4:4 (tanpa mampatan)


Resolusi tiga paparan:

  • Tiga paparan 10K (10240x4320) @60Hz dan 30 bpp 4:4:4 HDR (dengan DSC)

  • Tiga paparan 4K (3840x2160) @90Hz dan 30 bpp 4:4:4 HDR (tanpa mampatan)


Kehadiran piawaian baru ini dilihat tepat dengan peralihan kepada monitor melebih resolusi 4K dengan Apple yang memperkenalkan monitor 4K serta LG dengan monitor 8K. DisplayPort 2.0 dijangka bersaing dengan spesifikasi HDM 2.1 yang juga disediakan dengan paparan beresolusi tinggi untuk masa depan.

DisplayPort 2.0 dilapor akan mula dipasarkan pada penghujung tahun hadapan dimana ia akan menyokong paparan 8K dan keatas.

Sumber: VESA