Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gambar Ini Dikatakan Imej Rasmi Samsung Galaxy Note 10

Gambar Ini Dikatakan Imej Rasmi Samsung Galaxy Note 10

Diterbitkan Julai 11, 2019 · Dikemas kini Julai 11, 2019 oleh Helmi Samsuri

Samsung sedia mengesahkan tarikh pelancaran peranti flagship baru mereka, Galaxy Note 10 yang dijadualkan berlangsung pada 7 Ogos depan. Sehingga kini, rupa bentuk peranti masih lagi menjadi persoalan sebahagian daripada kita dan berdasarkan imej yang mula tersebar diinternet, ia bagai sebuah jawapan kepada peminat.

Dikongsikan oleh Roland Quandt dan Ishan Agarwal, dua individu yang sering berkongsi informasi awal mengenai peranti, peminat boleh membayangkan rupa bentuk sebenar Galaxy Note 10.

Gambar Ini Dikatakan Imej Rasmi Samsung Galaxy Note 10

Selain menghadirkan warna biasa seperti hitam, Galaxy Note 10 turut digambarkan mempunyai pilihan yang menggabungkan beberapa warna. Selain daripada itu, ia memperlihatkan lebih dekat rekaan peranti dengan tiga kamera disusun secara menegak pada bucu kiri serta panel hadapan disertakan berssama “dagu” serta “dahi” nipis. Skrin paparan yang melengkung disisi turut dihuni dengan punch-hole  yang akan dihuni oleh kamera rakaman hadapan.

Gambar Ini Dikatakan Imej Rasmi Samsung Galaxy Note 10

Jika diamati, tiada sensor pengimbas cap jari fizikal pada bahagian belakang yang memungkinkan penggunaan sensor dalam paparan bagi Galaxy Note 10. Dikatakan sebagai imej rasmi pertama yang tersebar, adakah anda ada memasang hajat untuk mendapatkannya sekiranya ia dibawa masuk ke dalam pasaran kelak?

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY