Berita Sedih Untuk Pengguna Aplikasi Pelayar Chrome







Pelayar Chrome merupakan antara pelayar
internet popular di gunakan pada masa kini. Ia dilengkapi dengan pelbagai
aplikasi yang menarik seperti fungsi mengedit gambar dan juga permainan. Google,
syarikat gergasi enjin carian menerusi laman blog rasmi mereka menyatakan
hasrat untuk menutup fungsi aplikasi bagi pelayar Chrome secara berperingkat.





Aplikasi yang boleh dimuat turun dari
Chrome Web Store itu dinikmati oleh pengguna yang menggunakan pelayar Chrome di
dalam Windows, Mac dan Linux. Penutupan bakal dijalankan secara berperingkat
dimana aplikasi yang dilancarkan pada lewat 2016 masih dikekalkan. Chrome Web
Store akan berhenti memaparkan aplikasi bagi pelayar Chrome pada pertengahan
tahun 2017 dan bakal menghentikan perkhidmatan itu sepenuhnya pada awal 2018.







Langkah penutupan berperingkat ini diambil
untuk  memberi peluang kepada developer
membina aplikasi alternatif  sebelum
tirai 2018 dilabuhkan.