Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IG Warning

Instagram Akan Beri Amaran Sebelum Padam Akaun Anda, Rayuan Boleh Dibuat Dalam Aplikasi

Diterbitkan Julai 19, 2019 ยท Dikemas kini Julai 19, 2019 oleh Helmi Samsuri

Sebagai langkah menjadikan Instagram sebagai platform lebih baik kepada pengguna, Instagram hari ini mengumumkan satu penambahan polisi baru.

Pengumuman yang dibuat pada laman sesawang rasmi Instagram menyatakan mereka akan mengeluarkan amaran sekiranya akaun pengguna melanggar garis panduan yang ditetapkan. Amaran ini diberikan sebelum tindakan lanjut iaitu memadam akaun pengguna dari Instagram.

Instagram Akan Beri Amaran Sebelum Padam Akaun Anda, Rayuan Boleh Dibuat Dalam Aplikasi

Dalam masa yang sama, notifikasi tersebut membolehkan pengguna membuat rayuan berkenaan perkongsian kandungan atau komen berunsur pornografi, buli, ucapan berbaur kebencian, dadah serta keganasan.

Jika didapati terdapat kesilapan tentang kandungan yang dipadam itu, Instagram akan mengembalikan perkongsian tersebut serta pelanggaran terma yang direkod akan dipadam.

Sumber: Instagram

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY