Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Komputer Riba ASUS Chromebook C425 Muncul Secara Tiba-Tiba

Komputer Riba ASUS Chromebook C425 Muncul Secara Tiba-Tiba

Diterbitkan Ogos 31, 2019 · Dikemas kini Ogos 31, 2019 oleh ariff bukhari

Komputer riba yang dilengkapi  dengan teknologi paparan NanoEdge.

ASUS secara diam-diam telah melancarkan model terbaru komputer riba Chromebook C425. Ia merupakan model komputer riba Chromebook yang dilancarkan selepas model Chromebook C434 yang telah pun diperkenalkan Asus pada pertengahan tahun ini.

Sama seperti model Chromebook C434, ASUS Chromebook C425 turut dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core m3-8100Y Generasi Ke-8, RAM berkapasiti 8GB dan skrin FHD (1920 x 1080) dengan teknologi NanoEdge bersaiz 14″.

Cuma perbezaan paling ketara antara Chromebook C425 dengan Chromebook C434 adalah pada kapasiti RAM dan skrin. Chromebook C425  dilengkapi dengan 8GB RAM tetapi tanpa teknologi skrin sentuh.

Manakala Chromebook C434 hanya dilengkapi dengan RAM 4GB sahaja tetapi dilengkapi dengan teknologi skrin sentuh.

Kedua-dua model dilengkapi dengan 2 sambungan USB Type-C, 1x USB Type-A dan slot pembaca kad microSD.

Komputer Riba ASUS Chromebook C425 Muncul Secara Tiba-Tiba
Perbandingan Chromebook C425 dan Chromebook C434.

ASUS Chromebook C425 sudah pun mula ditawarkan di laman sesawang Amazon dan berharga USD499.00.

Sumber: Chrome Unboxed

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY