Seperti yang diketahui umum, kesemua peranti Mac hanya menggunakan cip pemprosesan Intel Core hampir sedekad lamanya. MacBook Pro 16 inci yang terbaru Apple misalnya, ia menggunakan cip Intel gen-9 Coffe Lake.
Namun, syarikat tersebut dilihat sedang mencari cip alternatif untuk dimuatkan dalam komputer Apple seterusnya. Melalui kod yang terdapat dalam macOS 10.15.4 beta, terdapat rujukan kod nama cip AMD iaitu Picasso, Raven Ridge, dan juga Van Gogh.
Untuk makluman, Picasso dan Raven Ridge kedua-duanya merujuk kepada cip AMD Ryzen generasi pertama dan kedua. Renoir pula adalah generasi ketiga Ryzen 4000 yang baru sahaja diumumkan ketika CES 2020 dulu. Manakala untuk cip Van Gogh pula, ia belum lagi diumumkan lagi dan masih dalam fasa pembangunannya.
https://twitter.com/_rogame/status/1225381275617415168
Melihatkan AMD mempunyai pilihan sehingga 64 teras cip pemprosesan Threadripper, sudah semestinya ini merupakan sasaran Apple yang terbaik dan juga alternatif kepada Intel Xeon W. AMD telah menunjukkan ia mampu untuk mengalahkan cip Intel terutamanya untuk aplikasi pelbagai teras. Dengan harga yang lebih rendah dan penggunaan kuasa lebih rendah, pemilihan cip AMD dilihat sangat tepat untuk digunakan dalam komputer mereka seperti Mac Pro
Buat masa ini hanya spekulasi sahaja dan ia belum lagi jaminan penggunaan cip AMD dalam komputer Apple. Mungkin Apple hanya sedang mengujinya sahaja mengikut kepada kesesuaian produk mereka.
Jika Apple menjual komputer dengan cip AMD, tidak lagi Intel, mahukah anda membelinya?
Sumber: _rogame
Berkaitan
- Illegear Ares V Dilancarkan - Laptop Gaming Pertama Illegear Dengan Cip AMD
- iPhone 11 Mempunyai Hayat Bateri Yang Bagus, Tapi Apple Tetap Akan Keluarkan Smart Battery Case
- Foxconn Alihkan Pengeluaran iPad Dan MacBook Dipindahkan Ke Vietnam
- Kos Pengeluaran Makin Tinggi, Apple Mahu 'Mahalkan' iPhone 14
- Prestasi MacBook Air M1 Adalah Lebih Pantas Dari Model MacBook Pro 16 Inci Paling Mahal
- 5 Sebab Kenapa Apple Selalu Lambat Perkenalkan Ciri-Ciri Menarik Yang Android Sudah Ada
- Apple A14 Diumumkan - Cip Pemprosesan Binaan 5nm Paling Berkuasa Dari Apple
- Apple Tutup Kedai Jualan Di China Lantaran Wabak Coronavirus
- AMD Turut Mengacah Prestasi GPU Radeon RX 6000 Pada Resolusi 4K Tetapan Ultra
- Ujian Menaip Mendapati Papan Kekunci MacBook Pro 16 Inci Baharu Lebih Senyap