Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
covid-19 test kit

Pembelian Kit Ujian Kendiri COVID-19 Dapat Pelepasan Cukai Sehingga RM1000

Diterbitkan Februari 15, 2022 oleh Amsyar Latif

Rakyat Malaysia kini boleh menarik nafas lega kerana hari ini Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengumumkan pelepasan cukai individu sehingga RM1000 untuk pembelian kit ujian kendiri COVID-19.

Bagi rakyat tempatan yang mempunyai gaji tahunan sebanyak RM34,000 kebawah bakal menikmati pelepasan cukai itu secara one-off dan beberapa manfaat lain bagi tahun pencukaian 2021.

Tambahan lagi, nilai yang sama juga diberikan untuk perbelanjaan mendapatkan suntikan vaksin bagi individu, pasangan suami isteri dan anak.

Screenshot 2022-02-15 at 4.21.26 PM

Selain vaksin COVID-19, vaksin yang layak menerima potongan adalah termasuk pneumococcal, human papillomavirus (HPV), influenza, rotavirus, varicella dan meningococcal anda TDAP combination (tetanus-diphtheria-acellular-pertussis).

Menurut LHDN, manfaat tersebut layak bagi mereka yang mengeluarkan perbelanjaan pada atau selepas 1 Mac 2020 hingga 31 Disember 2021.

Sumber: kosmo

Baca juga:

  • COVID-19: Ini Perbezaan Pesakit Gejala Kategori 2A Dan 2B

  • Bermula 8 Februari, Ini Tempoh Kuarantin Bagi Yang Dijangkiti COVID-19 Dan Kontak Rapat

  • Penyelidik Bangunkan Set Ujian COVID-19 Guna Telefon, Kotak Dan Lampu LED, RM30 Setiap Ujian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY