Buka Sempadan Mulai Mac, Thailand Sahkan Mereka Iktiraf MySejahtera

Menjelang pembukaan sempadan yang akan dilaksanakan tidak lama lagi, Thailand mengesahkan bahawa mereka mengiktiraf sijil vaksinasi daripada MySejahtera.

Hal ini berikutan berita tentang rakyat Malaysia yang terkandas di lapangan terbang Manila sebelumnya akibat daripada Filipina yang tidak menerima sijil vaksinasi di MySejahtera.

Namun hal tersebut telah selesai dan kini Filipina turut mengiktiraf MySejahtera serta Malaysia menerima sijil dari VaxCertPH yang dikeluarkan kerajaan Filipina.

Pengarah Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Nongyau Jirundorn berkata pelancong dari Malaysia diminta untuk mencetak sijil vaksinasi mereka dan tidak hanya memaparkannya melalui skrin telefon.

Di bawah program Test and Go, pelancong akan dikenakan ujian PCR setibanya mereka di Thailand dan hari kelima mereka di sana.

Dengan kadar vaksinasi 70% keseluruhan penduduk, Thailand akan mula membuka pintu sempadan mereka pada Mac 2022 dan menjangka sejuta pelancong dari sini sahaja.

Minggu lalu, KKM telah membuka kiosk MySejahtera untuk beberapa lokasi yang boleh membantu pengguna menyelesaikan masalah berkaitan MySejahtera dengan 'on the spot'.

Sumber: The Star

Baca juga: