Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

KJ: Tiada Lagi Pengumuman Khas Kes Harian COVID-19 Mulai Esok

Posted on Februari 17, 2022Februari 18, 2022

Dalam sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi, Khairy Jamaludin mengumumkan bahawa mulai 18 Februari 2021, KKM tidak lagi akan menguar-uarkan kes harian COVID-19 untuk kes hari yang sama.

Hal ini adalah agar keseluruhan data dapat diperinci dengan lebih mendalam dan mengurangkan kebimbangan orang ramai memandangkan Malaysia baru sahaja mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah, melebihi 27,000.

Sebaliknya, KKM akan mengumumkan perkembangan kes bersama bilangan kes harian dan data yang telah dianalisis KKM pada 10 pagi setiap hari.

Dengan ini, kes pada hari tersebut akan diumum pada keesokannya. Misalnya kes dilaporkan pada hari Jumaat akan diumumkan pada Sabtu, 10 pagi.

Dalam sesi yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa kes COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak mengalami peningkatan sehingga 160%.

Untuk ibu bapa atau penjaga yang berkehendak untuk memvaksinkan anak, anda boleh ikuti langkahnya di SINI. Namun, pastikan anda telah mengetahui perkara INI sebelum mereka divaksinasi.

Baca juga:

  • Bermula 8 Februari, Ini Tempoh Kuarantin Bagi Yang Dijangkiti COVID-19 Dan Kontak Rapat
  • COVID-19: Ini Perbezaan Pesakit Gejala Kategori 2A Dan 2B
  • Pembelian Kit Ujian Kendiri COVID-19 Dapat Pelepasan Cukai Sehingga RM1000

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress