Bermula 8 Februari, Ini Tempoh Kuarantin Bagi Yang Dijangkiti COVID-19 Dan Kontak Rapat

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin beberapa hari lepas mengatakan Malaysia kini sedang menghadapi gelombang Omicron sepenuhnya. Ini merupakan antara faktor peningkatan kes harian sehingga 17 ribu.

Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengumumkan mereka yang dijangkiti dalam kategori 1 dan 2A serta tidak berisiko tinggi tidak perlu ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).

Bermula 8 Februari 2022, KKM telah menguat kuasakan kemas kini terbaharu untuk tempoh kuarantin bagi kedua-dua golongan iaitu mereka yang disahkan positif COVID-19 dan kontak rapat.

Antara perkara yang diubah ialah mereka yang tidak bergejala tidak lagi perlu melakukan ujian untuk pelepasan sebaliknya terus bebas daripada pengasingan dan kuarantin.



Selain itu, KKM juga kali ini menyertakan tempoh kuarantin untuk mereka yang telah menerima dos penggalak di mana tempoh pengasingan adalah lebih pendek berbanding yang tidak menerimanya.

Bagaimanapun, mereka yang mempunyai gejala dan berisiko tinggi diminta untuk hadir ke CAC untuk tindakam lanjut.

Dalam perkembangan lain, mereka yang menerima vaksin Sinovac diminta untuk segera mendapatkan dos penggalak kerana status vaksinasi lengkap akan hilang pada 1 Mac kelak jika tidak melakukannya kelak.

Sumber: KKM

Baca juga: