Program vaksinasi kebangsaan untuk kanak-kanak berusia 5-11 tahun, #PICKids telah dimulakan untuk penduduk di Lembah Klang terlebih dahulu bermula hari ini, 3 Februari 2022. Pautan janji temu telah pun diagihkan secara berperingkat.
Untuk makluman, kanak-kanak yang divaksinasi hendaklah sekurang-kurang genap berusia 5 tahun berdasarkan tarikh lahir mereka. Dos yang diberikan pada mereka juga hanya 1/3 daripada dos orang dewasa. Buat waktu, hanya vaksin buatan Pfizer saja digunakan.
Jika anda belum mendaftar slot vaksinasi untuk anak atau tanggungan anda, ini caranya.
Sebelum itu, pastikan MySejahtera anda telah dikemas kini pada versi terkini.
- Buka MySejahtera
- Tekan “COVID-19 Vaccination“
- Klik pada nama anak/tanggungan anda. Jika anda belum mendaftar anak anda, daftar terlebih dahulu dengan klik pada “Add Vaccine Dependent”.
- Klik “Click here to book your dependent’s appointment“
- Sahkan tentang keadaan kesihatan anak anda.
- Pilih jenis vaksin (Pfizer), PPV (Pusat Pemberian Vaksin) dan slot janji temu.
- Tekan “Confirm“.
Pautan untuk menempah janji temu vaksinasi kanak-kanak (5-11 tahun) sedang diberikan secara berperingkat bagi mereka di Lembah Klang yang telah mendaftar melalui MySejahtera.
Ini adalah cara untuk membuat tempahan bagi yang telah menerima pautan janji temu. #PICKids pic.twitter.com/htbjuFiTeY
— Vaksin COVID-19 ?? (@JKJAVMY) February 2, 2022
Jika anda mengalami masalah di mana tidak boleh klik pada “Click here to book your dependent’s appointment”, JKJAV menyarankan anda untuk mengemas kini MySejahtera ke versi terkini, memberi kebenaran (permission) untuk MySejahtera memuat turun dan membuka fail serta “force quit” aplikasi dan bukanya semula.
Jika anda mengalami isu di mana senarai PPV tidak dipaparkan selepas meletakkan poskod, maka masukkan nama PPV atau negeri.
Selepas vaksinasi, pantau keadaan tanggungan anda dalam masa seminggu. Dalam jangka masa tersebut juga elakkan mereka daripada melakukan aktiviti lasak seperti bersukan dan sebagainya.
Apa yang ibu-bapa perlu pantau selepas kanak-kanak disuntik vaksin COVID-19?#PICKids#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/JxAMPzP4Sf
— Vaksin COVID-19 ?? (@JKJAVMY) February 2, 2022
Diingatkan, vaksinasi untuk kanak-kanak adalah digalakkan namun tidak diwajibkan serta terpulang pada penjaga masing-masing. Bagi yang telah mendaftar, jangan risau jika anda masih belum menerima SMS atau pautan untuk menempah kerana ia sedang diberikan secara berperingkat.
Program vaksinasi kanak-kanak ini akan diperluas ke seluruh negara kelak. Jika anda mempunyai sebarang masalah lain, jangan ragu-ragu untuk menghubungi pihak MySejahtera melalui media sosial atau e-mel.
Sumber: JKJAV
Baca juga: