Bermula 8 Februari, kerajaan telah menetapkan tempoh kuarantin baharu bagi mereka yang disahkan positif COVID-19 dan kontak rapat. Ia berdasarkan status vaksinasi dan gejala yang dihadapi. Anda boleh membacanya lanjut diĀ SINI.
Dengan pemecahan kes mengikut kategori mula diuar-uarkan sekarang, pasti ada yang tertanya-tanya perbezaan antara kategori terutamanya kategori 2 yang terpecah pada 2A dan 2B.
Kategori 1 ialah mereka yang tidak mempunyai gejala.
Kategori 2 merujuk pada mereka yang bergejala namun dibahagikan pada ringan dan sederhana. Kategori 2A ialah mereka yang mempunyai gejala ringan manakala 2B yang mempunyai gejala sederhana.
Mudahnya, mereka dalam kategori 2A akan mengalami sakit tekak, selesema tanpa demam manakala 2B akan mengalami demam, tidak berselera dan memerlukan bantuan untuk berjalan.
Diingatkan, individu positif COVID-19 kategori 1 (tiada gejala), kategori 2A (gejala ringan) dan tidak berisiko tinggi (60 tahun ke bawah dan tidak mempunyai komorbid) tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) sebaliknya hanya perlu tinggal di rumah dan patuh pada tempoh kuarantin.
Sumber: KKM
Baca juga: