Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kisah Sedih Pengguna Samsung Galaxy Z Flip, Buka-Buka Skrin Terus Retak

Kisah Sedih Pengguna Samsung Galaxy Z Flip, Buka-Buka Skrin Terus Retak

Diterbitkan Februari 18, 2020 · Dikemas kini Februari 18, 2020 oleh Meor Hasyim

Baru seminggu sahaja Samsung Galaxy Z Flip telah dilancarkan pada acara Galaxy Unpacked. Peranti ini merupakan percubaan kedua Samsung dalam menghasilkan peranti boleh-lipat selepas Galaxy Fold. Peranti ini telah pun mula dijual di AS dan Korea Selatan.

Namun tidak disangka-sangka, ia mendapat sambutan hangat dan jualannya laris serta kehabisan stok. Dengan jualan fasa pertama sebanyak 20,000 habis terjual, ini bermakna sudah ramai pembeli yang sudah menggunakan Galaxy Z Flip ini. Walau bagaimanapun, sama seperti Galaxy Fold, Galaxy Z Flip ini seakan ‘rapuh’.

Terbaru pengguna Twitter yang baru sahaja membeli peranti ini memuat naik pengalaman menggunakan peranti tersebut. Menurutnya, sejurus selepas beliau membuka lipatan peranti, beliau terdengar bunyi retak.

Received my Samsung Galaxy Z Flip just now. Opened the box. Removed the protective/instruction film. Flipped the phone as you would do since it’s a flip phone and this happened. I heard the crack as well. 😰 cold weather?#SamsungGalaxy #ZFlip #samsung pic.twitter.com/j8KLL2vm8d

— Mondoir (@mondoir) February 14, 2020

Beliau turut menambah adakah cuaca sejuk mempengaruhi tahap kerapuhan skrin tersebut. Pihak Samsung walau bagaimanapun telah meminta beliau maklumat yang lebih lanjut untuk menyiasat isu berkenaan.

Screenshot (40)

Ini merupakan kes kali pertama secara awam peranti Galaxy Z Flip retak sebaik sahaja lipatan dibuka. Walau apapun alasannya, sedikit ralat untuk peranti yang berharga 1500usd (~RM6,225) yang rosak sebelum sempat digunakan.

Sumber: Twitter

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY