Menguasakan siri Mate 30 yang dilancarkan hari ini, ramai yang masih tertanya-tanya kemampuan sebenarnya jika dibandingkan dengan cip-cip pengeluar lain seperti dari Qualcomm, Apple serta Samsung.
Bagi anda mahu mengenali lebih lanjut mengenai cip pemprosesan ini, mari lihat beberapa perkara menarik mengenai Kirin 990.
Diintegrasikan dengan modem 5G
Untuk pengetahuan anda juga, ia akan ditawarkan dalam dua versi iaitu sokongan 5G serta satu lagi rangkaian 4G sahaja.Versi 5G bakal menyokong rangkaian 2G/3G/4G/ dan 5G mod NSA (Non StandAlone) serta SA (StandAlone).
Berbeza dengan modem 5G yang dikeluarkan oleh Snapdragon (X50) dan Exynos 5100, Huawei menggabungkan cip Kirin dan modem 5G Balong 5000 untuk memberi pengguna pilihan.
Sebagai contoh jika pengguna menggunakan peranti huawei 5G, dan berada di negara yang tiada sambungan 5G, pengguna dapat memilih untuk menggunakan sambungan 4G/3G/2G.
Peranti 5G dari Samsung misalnya (setakat ini) hanya boleh digunakan bersama sambungan 5G.
Dibangunkan dengan proses pembuatan terkini
Kirin 990 merupakan cip 7nm yang dibangunkan dengan proses pembuatan EUV, menggabungkan tiga tahap kecekapan kuasa CPU, Da Vinci NPU (teras besar+teras kecil), bersama 16 teras GPU untuk menyampaikan prestasi pantas serta cekap.
Grafik yang sama seperti Kirin 980 tetapi prestasi lebih baik
Kirin 990 terkandung dengan GPU Mali G76 MP16 sama seperti model terdahulu.
Walaupun sama, ia dikhabarkan akan beraksi lebih baik kerana diintegrasikan dengan 16 teras, iaitu 6 teras lebih banyak berbanding sebelumnya.
Kedua-dua versi 5G dan 4G akan menggunapakai senibina ini pada GPU yang dimuatkan.
Namun untuk model 4G, hanya satu teras NPU kuasa tinggi digunakan berbanding dua NPU pada model 5G.
Menurut Huaeei peranti 4G pada mereka tidak memerlukan kuasa tinggi (computing power) seperti aplikasi AI yang rumit, maka mereka merasakan 1 teras kuasa tinggi NPU sudah cukup memadai.
Penggunaan Tenaga Lebih Efisyen
Menurut mereka, Kirin 990 memberikan 19% penjimatan tenaga berbanding Snapdragon 855.
Cip pertama dengan ISP 5.0
Umum mengetahui tentang kemampuan Huawei dalam menawarkan peranti yang terbaik dari segi rakaman foto.
Kali ini, fokus sama diberikan dimana Kirin 990 mengurangkan hingar pada imej berkualiti DSLR melalui algoritma penurasan yang dipanggil BM3D (Block Match 3D).
Sokongan video 8K
Cip berkuasa terbaru ini juga mempunyai sokongan video 8K untuk rakaman pada kadar 30fps dengan HDR dan mampu mengurangkan hingar walaupun pada video.
Melalui ciri NPU yang bekerjasama dengan ISP, gambar lebih berkualiti mampu dihasilkan.
ps: Untuk model 5G, pihak Huawei menyediakan 2 slot kad sim tetapi hanya satu slot yang menyokong sambungan 5G.
Berkaitan
- P11 Mungkin Nama Terbaru Telefon Pintar Flagship Huawei
- Tawaran "Beli 1, Percuma 1" Untuk Huawei P40 Dan P40 Pro Dari Maxis
- realme 6 Dan 6 Pro Diperkenalkan, Paparan 90Hz Dan Pengecasan 30W
- HONOR 9X Dan HONOR 9X Pro Rasmi Diperkenalkan Dengan Cip Kirin 810 Dan Bateri 4000mAh
- realme Beri Diskaun Sehingga RM300 Untuk Peranti Terpilih, Promosi Hari Ini Sahaja
- Huawei Mate 10 Dan Huawei Mate 10 Pro Boleh Guna Ciri VoWiFi Bermula 30 Januari Ini
- Huawei, OPPO Dan Xiaomi Akan Guna Cip MediaTek Dimensity 720
- Tukar Bateri Hanya RM99 Bagi Model Terpilih Huawei
- Huawei Nafi Laporan Bersedia Menjual Cip Modem 5G Kepada Apple
- Xiaomi Pintas Huawei, Kini Pengeluar Telefon Pintar Ke-3 Terbesar Di Dunia Untuk Februari