Kirin 970 Diperkenalkan- Huawei Dakwa Inilah Cip Pemprosesan Masa Hadapan

Huawei baru sahaja mengumumkan cip pemprosesan baru mereka, Kirin 970 dengan teknologi AI terbina di dalam dan mendakwa merupakan cip pemprosesan paling unggul ketika ini, di acara IFA 2017.

Cip pemprosesan ini memiliki NPU (Neural Processing Unit) tersendiri dan dibina dengan proses 10nm bersama 5.5 juta transistor dimampatkan dalam satu sentimeter persegi.



Sebelum ini kita juga dapat lihat cip Snapdragon 835 yang juga dengan binaan 10nm. Bermakna cip yang dihasilkan adalah lebih kecil, lebih efisyen dan lebih cekap.

Kirin 970 dikuasakan dengan 8-teras CPU dan 12-teras GPU. Huawei berkata cip ini membawakan 25 kali ganda prestasi dan 50 kali ganda lebih efisyen berbanding cip kluster 4- teras Cortex-A73 CPU.



Semasa percubaan pengecaman imej yang dilakukan untuk 'benchmarking'. Huawei berkata cip ini mampu memproses sebanyak 2,000 imej dalam masa satu minit.



Dalam acara perasmian tersebut, Huawei turut membandingkan pemprosesan imej Kirin 970 dan cip pemprosesan yang digunakan oleh Galaxy S8, tidak disebutkan namanya, duh.. (Snapdragon 835). Kirin 970 menghasilkan gambar dalam pergerakkan yang lebih tajam.



Setakat ini Huawei masih belum memberi sebarang kenyataan tentang peranti pertama yang akan menggunakan cip pemprosesan baru ini namun ramai yang menjangkakan Kirin 970 akan hadir bersama model baru Huawei Mate 10 yang bakal dijadualkan pelancarannya di Jerman Oktober depan.

Sumber 1, Sumber 2,  Sumber 3