Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AirAsia_perkhidmatan panggilan2

Kini Lebih Mudah, AirAsia Perkenal Khidmat Panggilan Dan Penjejakan Tunturan Bayaran Balik

Diterbitkan Mac 31, 2023 · Dikemas kini Mac 31, 2023 oleh Amalina Athman

Sejajar permintaan ramai untuk berinteraksi dengan khidmat pelanggan lebih pantas, AirAsia kini melancarkan perkhidmatan panggilan melalui aplikasi Super App. Dengan perkhidmatan ini, ia membolehkan pelanggan berbual secara terus dengan pegawai perkhidmatannya untuk mendapatkan penyelesaian segera dalam situasi tertentu.

Berkaitan

  • AirAsia Perkenal Insurans Kelewatan Penerbangan, RM200 Jika Lewat Sekurang-Kurangnya 2 Jam
  • AirAsia Buka Tempahan Penerbangan Sempena Hari Raya Aidil Fitri, Tiket Serendah RM199

Menurut AirAsia, akses kepada fungsi panggilan akan dibuka kepada pengguna di penghujung interaksi dengan bot sembang Ask Bo jika dikenal pasti kes memerlukan penyelesaian segera atau kritikal. Antaranya termasuk penerbangan yang akan berlepas dalam tempoh 24 jam atau jika terdapat perubahan perjalanan secara tiba-tiba.

Untuk pertanyaan am, AirAsia menggalakkan pelanggan untuk menggunakan kemudahan layan diri dan bantuan sembang langsung yang tersedia pada aplikasi Super App dan bot sembang Ask Bo.

Selain perkhidmatan panggilan, AirAsia juga memperkenalkan ciri penjejakan tuntutan bayaran balik melalui airasia Super App dan laman webnya. Pengguna hanya perlu menekan butang ‘My Cases’ dan memasukkan nombor kes mereka bagi mendapatkan status terkini tuntutan bayaran balik dengan lebih terperinci.

Sumber: AirAsia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY