Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kini Anda Boleh Memuat Turun 2.8 Juta Gambar Beresolusi Tinggi Milik Muzium Smithsonian

Kini Anda Boleh Memuat Turun 2.8 Juta Gambar Beresolusi Tinggi Milik Muzium Smithsonian

Diterbitkan Februari 27, 2020 · Dikemas kini Februari 27, 2020 oleh ariff bukhari

Terdiri daripada imej dan model 3 dimensi.

Muzium Smithsonian, salah satu muzium terhebat di dunia yang menyimpan jutaan khazanah dan artifak penting dunia telah melepaskan sebanyak 2.8 juta imej beresolusi tinggi untuk tatapan umum.

Malah pengunjung yang ke laman Smithsonian Open Acces itu juga membolehkan anda memuat turun gambar-gambar bersejarah dalam resolusi yang tinggi.

Tidak setakat itu, setiap gambar yang dipaparkan juga turut disertakan bersama fakta sejarah yang lengkap.

“It’s really important to share this kind of data. Otherwise it’s like having a library with all the doors closed.” artis arca, Amy Karle.

Kini Anda Boleh Memuat Turun 2.8 Juta Gambar Beresolusi Tinggi Milik Muzium Smithsonian
Model mesin jahit yang dipatenkan oleh Isaac Singer pada 12 Ogos 1811 antara imej artifak berharga yang dikongsikan oleh Muzium Smithsonian kepada umum.

Artifak-artifak yang disimpan oleh Muzium Smithsonian dianggarkan terdapat lebih daripada 150 juta artifak.

Jadi 2.8 juta imej yang dilepaskan untuk peringkat awal ini hanya lebih kurang 2% sahaja daripada item yang terdapat dalam simpanan mereka.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY