Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MAKMAL kimia BERGERAK

KIMIA Malaysia Lancar Makmal Bergerak, Tingkat Keupayaan Pengurusan Bencana

Diterbitkan Mei 3, 2024 oleh ariff bukhari

Sebagai usaha meningkatkat keupayaan negara dalam pengurusan bencana, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) kini memiliki Makmal Bergerak (Mobile Lab) dan Bangunan Garaj Makmal Bergerak untuk meningkatkan kesiapsiagaan jabatan itu bagi menangani sebarang bentuk bencana yang melibatkan bahan kimia.

Susulan daripada tragedi pencemaran sungai dan udara yang pernah berlaku sebelum ini di Sungai Kim-Kim dan Taman Mawar, Pasir Gudang, KIMIA Malaysia memaklumkan, mereka telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Pasukan Tindakan Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosives (CBRNe) yang boleh bertindak balas terhadap kejadian yang melibatkan insiden atau bencana kimia.
Justeru, dengan adanya makmal bergerak ini sudah pasti akan dapat meningkatkan keupayaan Pasukan Tindakan CBRNe untuk melakukan kerja-kerja di lapangan khususnya bagi menangani krisis dan bencana kimia dengan pantas dan berkesan.
MAKMAL kimia BERGERAK
“Projek makmal bergerak ini merupakan inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Makmal bergerak ini dilengkapi dengan peralatan saintifik berteknologi tinggi, yang akan dapat menyediakan laporan awal bagi menentukan tahap keselamatan kawasan insiden dan penilaian risiko di tempat kejadian,” Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Tuan Chang Lih Kang.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyatakan, pihak mereka mengalukan-alukan sebarang bentuk kerjasama dengan pelbagai pihak bagi memanfaatkan penggunaan makmal bergerak tersebut.
MOSTI juga juga menyokong usaha dan inisiatif yang boleh mambantu meningkatkan tahap keselamatan dan kesejahteraan rakyat melalui penawaran teknologi canggih yang dibangunkan.
Sumber: MOSTI, KIMIA Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY