Khabar Angin - Spesifikasi Samsung Galaxy S10, S10 Lite, S10+ Dan S10+ 5G

Pelancaran siri Galaxy S dari Samsung kebiasaannya dilakukan sekitar Februari dan Mac. Bagi 2019, acara perasmian model baru dalam siri itu bakal dibuat pada 20 Februari, seminggu sebelum MWC 2019 dilangsungkan.

Baru-baru ini, khabar angin mengenai spesifikasi siri S mula beredar di Twitter. Tweet berkenaan spesifikasi itu dibuat oleh host XDA TV, Max Weinbach.

Menurut beliau, khabar angin menyatakan Samsung bakal memperkenalkan 4 variasi iaitu Galaxy S10, Galaxy S10 Lite, Galaxy S10+ dan juga Galaxy S10 + versi 5G.

Model S10 dan S10 Lite dikatakan mempunyai tetapan dwi kamera belakang yang sama iaitu, lensa Ultra Wide 16MP (f/1.9) dan lensa normal 12MP (f/1.5-2.4) dengan ciri autofokus dan OIS).

Bagi variasi S10+ dan S10 + 5G pula, ia akan didatangkan dengan lensa ketiga iaitu telefoto 13MP bersama sokongan autofokus juga OIS.

Ura-ura dibahagian memori adalah seperti berikut:

  • S10 - RAM 6GB/ storan 128GB dan 256GB

  • S10 Lite - RAM 4GB/ storan 128GB

  • S10+ - RAM 6GB dan 8GB/ storan 128GB, 256GB dan 512GB

  • S10+ 5G - RAM 8GB dan 128GB/ storan 256GB/512GB dan 1TB


Turut kelihatan spesifikasi bagi telefon pintar boleh lipat dengan RAM 12GB serta ruang simpanan 512GB dan 1TB.

Tiga daripada model diatas dilengkapkan dengan sensor imbasan cap jari dibawah paparan kecuali S10 lite.



@mweinbachXDA menyatakan spesifikasi ini adalah khabar angin dan untuk itu, kita tunggu pelancarannya pada 20 Februari 2019.

Sumber: @mweinbachXDA via Lowyat.net