Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Khabar Angin Menyatakan Mungkin Tiada Pengeluaran Razer Phone 3

Posted on Februari 20, 2019Februari 20, 2019

Razer Phone mula diperkenalkan sekitar 2017 dan tahun yang berikutnya, Razer Phone 2 pula muncul.

Melihat kepada khabar angin yang bertiup ketika ini, Razer Phone 3 mungkin tidak akan muncul.

Menggarap laporan dari laman Droidlife, Razer mula mengurangkan kakitangan yang kebanyakkannya terlibat dalam pembangunan Razer Phone dan Razer Phone 2.

Meneliti maklum balas Razer kepada laman itu, penyusunan semula syarikat telah dibuat, dimana 30 orang (lebih kurang 2% dari jumlah keseluruhan kakitangan) tidak lagi berkhidmat dengan syarikat itu. Sebahagian kakitangan yang lain pula dipindahkan ke projek yang baru.

Walaupun tidak menyatakan secara jelas divisyen mana yang akan ditutup, ia kuat dikaitkan dengan pasukan pembangun peranti mudah alih. Hal ini sedikit sebanyak menyumbang kepada khabar angin pembatalan Razer Phone 3.

Razer juga memberitahu Droidlife, sokongan kepada Razer Phone 2 akan diteruskan disamping kekal membuat pelaburan terhadap segmen mudah alih.

Razer sebelum ini telah mengumumkan penamatan Razer Game Store, juga lanjutan dari penyusunan semula syarikat.

Berita lain pula, Razer Phone 2 yang sedia dipasang dengan Android Oreo 8.1 bakal menerima naik taraf Android Pie 9 bermula minggu hadapan.

Sumber: Droidlife dan XDA Developers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress