Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kfconsole

KFC Gaming Memperkenalkan KFConsole, Sokongan 4K Dan 120FPS

Diterbitkan Jun 14, 2020 · Dikemas kini Jun 14, 2020 oleh Helmi Samsuri

Satu dua hari ini perbualan anda mungkin terkait mengenai konsol dimana beberapa hari lalu Sony sedia memperlihatkan rekaan PS5. Seperti mahu mengalihkan tumpuan, KFC Gaming kini memperkenalkan KFConsole.

Menerusi video berdurasi 46 saat itu, KFConsole diperlihatkan dengan butang kuasa berada dibahagian bawah tengah serta mempunyai slot cakera padat.

Rekaan KFConsole mirip seperti set Bucket yang anda biasa lihat di restoran mereka dan dikemaskan lagi dengan warna hitam disamping logo yang ringkas.

kfconsole

Dinyatakan hadir dengan True 4K dan 120FPS, ia turut mempunyai ruang untuk memanggang ayam ditengah-tengah.

kfconsole

Ya, spesifikasinya kedengaran semakin ekstrem dan anda perlu tahu bahawa ini merupakan jenaka yang dimuat naik oleh KFC Gaming pada laman Twitter.

Berjaya diulang ciap lebih dari 27,000 kali, ia mungkin strategi pemasaran daripada jenama makanan segera tersebut berikutan topik konsol hangat diperkatakan ketika ini.

Pastinya KFC tidak akan mengeluarkan sebarang konsol untuk pasaran, tetapi timbul tanda tanya mengenai tarikh yang dipaparkan. Meletakkan tarikh 11.12.20, KFC Gaming mungkin ada sesuatu yang mahu ditunjukkan kelak.

Anda boleh lihat video “KFConsole” dibawah.

The future of gaming is here.

Introducing the KFConsole. #PowerYourHunger pic.twitter.com/ssUrX41Ab1

— KFC Gaming (@kfcgaming) June 12, 2020

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY