Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KFC Membangunkan Permainan Simulasi “I Love You, Colonel Sanders!”

KFC Membangunkan Permainan Simulasi “I Love You, Colonel Sanders!”

Diterbitkan September 15, 2019 oleh ariff bukhari

Permainan yang membolehkan pemainnya “berdating” dengan Colonel Sanders.

Selain menjadi penyedia servis makan segera terkenal di dunia, KFC juga akan turut menjadi pengeluar permainan komputer. KFC dijangka akan mula menawarkan permainan pertama mereka ini kepada para peminat KFC untuk memainkan permainan tersebut di komputer pada 24 September ini.

Permainan yang bertajuk “I Love You, Colonel Sanders! A Finger Lickin’ Good Dating Simulator” ini menjadikan ikon KFC iaitu Colonel Sanders sebagai watak utamanya. Cumanya ia adalah versi rekaan karektor yang mungkin terlebih ‘hensem’.

Permainan ini membolehkan pemainnya “berdating” dengan Colonel Sanders sambil melaksanakan misi yang disediakan kepada pemain dalam permainan tersebut.

Permainan KFC ini buat masa sekarang hanya akan ditawarkan kepada pengguna Mac dan Windows sahaja yang boleh dimuat turun secara percuma menerusi platfom Steam.

Sistem yang diperlukan bagi pengguna Mac adalah sistem operasi Mac OSX El Capitan 10.11.6 dan pengguna Windows pula sekurang-kurangnya menggunakan sistem operasi Windows 7 (64bit).

Untuk info lanjut, sila layari laman rasmi Steam.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY