Apple Membuang Aplikasi Pihak Ketiga Yang Menyerupai Ciri Screen Time Dari App Store

Aplikasi dibuang tanpa sebab yang jelas. Apple nampaknya tidak sukakan pesaing...


Screen Time merupakan ciri yang dibangunkan Apple bermula dari iOS 12 yang dapat menyampaikan maklumat terperinci tentang tingkah laku pengguna ketika mereka menggunakan peranti iOS.

Ia bertindak sebagai ciri yang membantu pengguna mengurus masa mereka supaya pengguna dapat meluangkan masa pada aplikasi yang kerap diguna dan laman sesawang yang sering dilayari mereka dengan lebih baik.

Juga membantu ibu bapa memahami serta mengawal masa anak-anak mereka menggunakan peranti iOS.

Sebelum ini, aplikasi-aplikasi pengurusan masa seperti ciri Screen Time memang telah sedia ada ditawarkan di dalam App Store dari pelbagai pembangun aplikasi pihak ketiga.

Kapsyen: Kredit imej: Apple


Walaubagaimanapun, semenjak Apple menawarkan Screen Time mereka dalam iOS 12, aplikasi-aplikasi pihak ketiga tersebut dilaporkan telah dibuang dari App Store.

Ini memang amat tidak disenangi oleh para pembangun kerana Apple dengan mudah boleh membunuh bisnes aplikasi pihak ketiga sekiranya Apple mendapati aplikasi yang dibangunkan itu menggugat kedudukan ekosistem Apple.

Atau bahasa mudahnya, jika sesuatu itu kurang menguntungkan Apple tetapi lebih menguntungkan pihak ketiga, Apple akan membuangnya dari sistem mereka.

Salah seorang yang risau akan keadaan ini adalah Amir Moussavian, Ketua Eksekutif Syarikat OurPact. Syarikat beliau merupakan pembangun aplikasi popular  untuk ibu bapa mengawal anak-anak mereka menggunakan peranti iOS.

Aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat beliau telah dimuat turun lebih daripada 3 juta kali dari App Store oleh pengguna peranti iOS.

Walaubagaimanapun, pada bulan Februari lalu, Apple telah menarik keluar aplikasi mereka itu dari App Store.

Alasan yang diberikan Apple mengapa aplikasi mereka dibuang juga tidak dinyatakan secara jelas.

"They yanked us out of the blue with no warning. They are systematically killing the industry,” kata Moussavian.

Sepanjang tahun kepas, sebanyak 11 daripada 17 aplikasi paling popular yang menyamai ciri Screen Time telah dibuang atau dihadkan untuk ditawarkan di dalam App Store.

Menerusi App Store, Apple mempunyai kuasa kawalan sepenuhnya terhadap aplikasi-aplikasi dari pembangun pihak ketiga.

Isu terbaru ini hanyalah salah satu daripada tuduhan yang dihadapi Apple di mana mereka sebelum ini telah dituduh menyalahgunakan kedudukan dominan untuk menguntungkan diri sendiri tetapi disamping itu cuba menguburkan pesaing mereka.

Baca juga - Ini Jawapan Balas Apple Berkaitan Isu Membuang Aplikasi Dari App Store

Sumber: The New York Times

Berkaitan