Tindakan itu bagaimanapun mendapat kritikan daripada pihak pembangun dan ada yang sudah memfailkan aduan kepada pejabat persaingan kesatuan eropah.
Lanjutan daripada itu, Naib Presiden Pemasaran Apple, Phil Schiller telah menyatakan aplikasi yang dikeluarkan dari App Store itu menggunakan format asas yang tidak selamat untuk pengguna sepertimana yang dilaporkan oleh MacRumours.
Menurut jawapan balas Schiller, sistem MDM (Mobile Device Management) yang digunakan itu mampu membenarkan pembangun mendapatkan akses tanpa had pada peranti seperti mengetahui lokasi, menjejak penggunaan aplikasi, kawal akaun mel, melayari internet, akses rangkaian, dan juga turut boleh memadam data pada peranti secara jarak jauh.
Setelah mengesan penyalahgunaan teknologi MDM, pembangun telah dihubungi dan diarahkan untuk menghentikannya. Namun begitu, Schiller tidak menyebut secara jelas tindakan yang diambil selepas itu.
Langkah ini mungkin tidak mengejutkan sesetengah pihak kerana Apple memang terkenal dari segi privasi dan sekuriti, namun sebahagian yang lagi mungkin beranggapan tindakan itu hanya untuk mengurangkan persaingan.
Sumber: MacRumours
Kredit foto utama: MacExpertGuide
Berkaitan
- Adakah Ini Generasi IPhone Selepas IPhone 7 Dilancarkan?
- Apple Store Kini Menyediakan Pra-Tempah Aplikasi
- Daftar TIME Internet Sekarang Dan Ini Yang Anda Bakal Dapat
- (Video) Apple Ajar Cara Ambil Gambar Guna Ciri "Potrait Lighting" Pada iPhone 8 Plus
- Apple Kemaskini Harga Jualan IPhone Di Pasaran Malaysia.
- Cara Semak Aplikasi 32 Bit Yang Tidak Boleh Digunakan Pada iOS 11
- Huawei MediaPad M5 Lite Boleh Di Pra-Tempah Pada 29 Ogos Dengan Harga RM1299
- Apple Bakal Lancar 3 Model Mirip Rekaan iPhone X Pada Tahun Hadapan
- Iklan Di WhatsApp Mungkin Muncul Pada iOS Terlebih Dahulu
- Redmi K30 Mungkin Dilengkapi Paparan 120Hz Dan Sensor Sony IMX 686