Ketahui Tips Untuk Menjimatkan Penggunaan Storan Peranti

Hari ini, kebanyakan telefon pintar dilengkapi dengan ruang simpanan yang agak besar. Boleh dikatakan bahawa peranti keluaran terbaru ketika ini perlu mempunyai sekurang-kurangnya 32GB simpanan dalaman.

Namun, masih ada diantara kita yang memerlukan ruang simpanan yang lebih besar. Apabila ruang simpanan penuh, mereka perlu memadamkan fail-fail lama bagi membolehkan fail baharu disimpan.

Sebenarnya, ada beberapa cara mudah bagi memastikan penggunaan ruang simpanan peranti dapat dijimatkan. Antara langkah yang boleh diambil ialah seperti berikut:

1. Menangkap gambar atau video pada kualiti lebih rendah


Kualiti gambar atau video pada kualiti tinggi memang cantik, namun saiz fail gambar/video juga akan lebih besar.



Sebagai contoh, tidak perlu anda buat rakaman video 4K melainkan anda mempunyai peranti yang boleh memainkan video pada kualiti berkenaan.

2. Biasakan menyemak galeri peranti


Sekiranya anda mempunyai masa terluang, apa salahnya jika anda menyemak semula galeri telefon anda bagi mengesan mana-mana fail yang anda rasakan tidak perlu disimpan.

Kapsyen: AXEL


Antara yang perlu diambil perhatian untuk disemak ialah fail-fail yang dimuat turun daripada aplikasi WhatsApp serta gambar atau rakaman video yang tidak menjadi.

3.  Gunakan simpanan awan(cloud storage)


Selain daripada memadam fail, anda juga boleh menggunakan simpanan awan sebagai ruang simpanan tambahan. Anda hanya perlu memuatnaik fail yang ingin disimpan, dan memadamkannya dari peranti selepas itu.

Kapsyen: G Suite Updates Blog


Antara platform simpanan awan yang popular dan mudah digunakan adalah Google Drive, Dropbox dan pCloud.

4. Layari laman media sosial menggunakan pelayar


Aplikasi media sosial mudah alih seperti Facebook dan Instagram biasanya menggunakan ruang simpanan yang agak banyak berbanding aplikasi-aplikasi lain.



Oleh itu, sekiranya anda hanya gunakan laman media sosial sekadar "suka-suka" dan bukan atas urusan kerja atau perniagaan, adalah lebih baik untuk anda guna sahaja pelayar untuk melayarinya selepas ini.

5. Dapatkan kad mikroSD sebagai ruang simpanan tambahan


Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan perkara kelima ini memandangkan banyak peranti yang tidak mempunyai slot khas bagi kad mikroSD ketika ini.

Sebaliknya, kebanyakan pengeluar menyediakan slot hybrid(kad sim/kad mikroSD) pada peranti mereka.



Kebanyakan daripada kita lebih memilih untuk menggunakan kad sim kedua pada slot hybrid yang tersedia.

Namun, mahu atau tidak, ini adalah cara paling berkesan bagi memastikan ruang simpanan peranti anda tidak dipenuhi dengan cepat.

Diharapkan dengan perkongsian kali ini, ia dapat membantu dalam menjimatkan penggunaan ruang simpanan peranti milik anda selepas ini.

 

Sumber: Android Pit    CNET

Berkaitan