Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Untitled design (25)

Ketahanan vivo V40 Lite Diuji Dengan Pertandingan Pickleball

Diterbitkan November 1, 2024 oleh Rushsyafizal

vivo Malaysia baru sahaja melancarkan telefon pintar V40 Lite. Lanjutan itu, vivo menganjurkan pertandingan Pickleball bagi memperlihatkan ketahanan peranti ini. Acara ini bertujuan membuktikan kemampuan vivo V40 Lite.

vivo V40 Lite Attached_Pickleball racket

Direka untuk pengguna yang aktif, ketahanan telefon ini diuji secara langsung ketika acara, di mana peranti dipasang pada raket Pickleball, memberi para pemain peluang merasai ketahanannya.

vivo Pickleball Match

Dengan penarafan kalis debu dan air IP64 dan ketahanan jatuh, vivo V40 Lite mampu menyokong gaya hidup dinamik. Tambahan pula, dalam ujian rakaman video selang masa selama hampir 4 jam, bateri vivo V40 Lite berjaya mengatasi jangkaan dengan baki 51% menunjukkan penghasilan haba yang minimum, sesuai untuk kegunaan intensif.

Dengan jaminan 4 Tahun, vivo komited terhadap keyakinan pengguna dengan memastikan vivo V40 Lite menawarkan prestasi konsisten dan kesihatan bateri berpanjangan.

Peranti ini kini dijual pada harga RM1,299 (24GB+256GB) dan RM1,499 (24GB+512GB). Pembelian akan disertakan dengan pelindung skrin, sarung pelindung, jaminan lanjutan 180 hari, fon telinga vivo Selection dan pelbagai hadiah percuma serta perlindungan tambahan dan baucar Inside Scoop di Superday Roadshow, Setia City Mall dari 29 Oktober hingga 3 November.

Untuk maklumat lanjut mengenai vivo V40 Lite, kunjungi laman web rasmi dan facebook serta instagram vivo Malaysia.

Berkaitan

  • 'Fleckpe' Sasar Pengguna Android Di Indonesia, Malaysia, Singapura Dan Thailand Langgan Servis Berbayar Tanpa Sedar
  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • WhatsApp Tambah Ciri Baharu Dalam Penapis Sembang
  • Kedai Rasmi Infinix Kini Di Plaza Low Yat, Tawar Promosi Eksklusif
  • Google Maps Kini Lebih Pintar Dengan Integrasi AI Gemini

Sumber: Siaran media vivo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY