Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nvidia Intel

Permintaan Kad Grafik Dilaporkan Menurun 50%, Intel Dan Nvidia Mungkin Terkesan

Diterbitkan Ogos 15, 2022 oleh Firdaus

Penganalisis daripada DigiTime melaporkan penghantaran kad-kad grafik di pasaran global mencatatkan penurunan sekitar 50%. Hal ini disebabkan faktor krisis kripto yang berlaku sebelum ini.

Berkaitan

  • NVIDIA Dikhabarkan Rancang Untuk Turunkan Harga GPU Siri RTX 3000
  • Cip Intel Gen-13 Raptor Lake Dijangka Hadir Oktober Ini
  • Anda Mungkin Boleh Beli Siri AMD Ryzen 7000 Selepas 15 September

Berbanding AMD yang mencatatkan hasil pulangan sekitar RM30 bilion setakat suku kedua 2022, Intel mencatatkan kerugian yang lebih tinggi dan terpaksa menanggungnya.

Setakat ini, Intel dijangka mengalami penurunan dalam pendapatan sebanyak RM35 bilion – RM49 bilion. Selain itu, pendapatan Intel dianggarkan merosot sebanyak 10% dalam jualan PC mereka jika dibandingkan tahun 2021.

NVIDIA juga tidak terkecuali daripada terkesan dengan krisis ini. Pembekal kad-kad grafik di Taiwan menyatakan penghantaran mereka pada tahun ini menurun antara 40% ke 50% disebabkan permintaan yang kurang pasca pandemik Covid-19 dan krisis kripto yang berlaku sebelum ini.

Oleh itu, isu ini berkemungkinan besar boleh membantutkan petumbuhan pendapatan untuk NVIDIA pada tahun ini.

Tambahan lagi, lambakan kad-kad grafik dipasaran kesan daripada kerugian pelombong kripto juga turut memainkan peranan besar dalam meletakkan NVIDIA dalam keadaan tersempit macam ini.

Sumber: Tom’s Hardware 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY